MIRI - Seramai  41 orang daripada tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran yang meranapkan kediaman mereka di Kampung Sebuan Besar, Bintulu awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di-Hatta Gobel berkata, kedudukan rumah yang rapat menyebabkan api cepat merebak ke rumah lain selain turut memusnahkan sebuah pondok menyimpan peralatan nelayan.

“Tiada mangsa cedera dan maut dalam kejadian kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi.

Di-Hatta berkata, bomba Bintulu menerima panggilan pada 2.04 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada 2.28 pagi dengan proses mengawal kebakaran mengambil masa empat jam.

Menurutnya, operasi tamat pada 6.04 pagi dengan punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan. - Bernama

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • DUNGUN - 16 sekeluarga termasuk ibu dalam pantang bersama sepasang bayi kembar yang baharu berusia 13 hari hilang tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Paya, Balai Besar, di sini dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengahari semalam.
  • BANDAR BAHARU - Seorang ibu tunggal menanggung kerugian berganda selepas wang simpanan RM10,000 yang dihimpun sejak 10 tahun lalu hangus dalam kebakaran di kediamannya dalam kejadian 3 petang semalam di Kampung Sungai Buloh di sini.
  • PONTIAN - Kekurangan sumber air menjadi cabaran buat anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas yang bertugas memadam kebakaran pusat pelupusan sampah dekat Kampung Air Putih yang bermula sejak seminggu lalu.
  • KLUANG - Seorang lelaki maut apabila kereta jenis Camry yang dipandunya hilang kawalan di kilometer (KM) 36, Jalan Yong Peng- Paloh, dekat sini, petang semalam.
  • JOHOR BAHRU - Syarikat konsesi, SWM Enviroment (SWM) Sdn Bhd Pontian dikenakan empat kompaun masing-masing berjumlah RM 2,000 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) semalam, kerana melakukan pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah Pekan Nanas, baru-baru ini.