MIRI -  Seorang wanita yang ditangkap kerana melacurkan anak perempuannya berusia 14 tahun di Lawas, telah diperintahkan mahkamah untuk tidak menghubungi atau mendekati mangsa, sehingga kes selesai dibicarakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata arahan itu dikeluarkan oleh Majistret Kelas Kedua Keli Mareng hari ini di Lawas setelah ibu kandung remaja berkenaan didakwa di pejabat Daerah Lawas bersama seorang rakan wanitanya.

Rakannya turut menerima arahan sama.

“Kedua-dua tertuduh iaitu ibu berusia 30 tahun dan rakannya berusia 45 tahun tidak membuat sebarang pengakuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dev Kumar berkata kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Willie Liau dibenarkan oleh mahkamah ikat jamin sebanyak RM8,000 seorang dengan dua orang penjamin dan diarah melaporkan diri ke pejabat JSJ Lawas seminggu sekali.

Kedua-dua wanita berkenaan dituduh di bawah Seksyen 372 (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 15 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Enam ahli Geng Paksu yang mendalangi aktiviti penyeludupan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand, di sini didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang, sejak dua tahun lalu.
  • JOHOR BAHRU - Seorang ibu dari Taman Bintang, Senai, dekat sini sanggup bertindak kejam melacurkan anak perempuannya sendiri berusia lapan dan 10 tahun kepada tiga lelaki warga Bangladesh dipercayai teman lelakinya bagi mendapatkan wang ringgit.
  • KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan menyimpan harta rompak iaitu sebuah kereta jenis Toyata Camry, dua minggu lepas.
  • KUALA LUMPUR - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan merompak dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang kerani wanita, Sabtu lepas.