KUCHING -  Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima akan menugaskan dua jet ski bersama empat anggota untuk membuat rondaan di perairan Tebingan Sungai Kuching pada setiap Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Dalam satu kenyataan, Komander PPM Wilayah Lima Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata rondaan bermula jam 9 pagi hingga 6 petang itu antara lain bertujuan memastikan pengusaha bot penumpang mematuhi peraturan Ordinan Sungai Sarawak (SRO).

“Kehadiran anggota dan jet ski ini akan menambah keyakinan pelancong  (bahawa) keselamatan mereka di perairan tersebut sentiasa di pantau polis marin.

Penugasan itu juga bertujuan menunjukkan kehadiran polis marin 'omipresence' (sentiasa ada) di tempat tumpuan pelancong di kawasan perairan Sarawak selain menyedarkan pengguna maritim supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri bila berada di perairan," katanya.

Salehuddin berkata, penugasan tersebut juga akan mempercepatkan masa tindak balas bagi bantuan mencari dan menyelamat (SAR) jika berlaku insiden di perairan Sungai Sarawak.

Beliau turut menasihatkan pengusaha bot penambang dan bot persiaran bagi menyusuri sungai secara santai di Tebingan Sungai Kuching supaya mematuhi peraturan ditetapkan SRO sepenuhnya demi keselamatan pelancong serta penumpang  mereka.

"Aspek keselamatan seperti menyediakan jaket keselamatan yang mencukupi dan tidak membawa penumpang berlebihan hendaklah dipatuhi sepenuhnya," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUCHING - Tindakan pembalak haram menjalankan kegiatan hingga ke kawasan pedalaman dapat dipatahkan pasukan penguatkuasaan dalam operasi terbaharunya di Nanga Maramah, Batang Baleh di Kapit, semalam.
  • KUCHING - Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPM W5) Sarawak mengendalikan 492 kes berkaitan saman dan tangkapan yang membabitkan kegiatan pembalakan haram di Sarawak antara Januari dan Julai tahun ini.
  • KUANTAN - Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Kuantan berjaya merampas 633 guni beras seludup seberat 31,650 kilogram dalam Operasi Gelora Khas Siri 3 yang diadakan selama 10 hari di sempadan Thamal berdekatan Sungai Golok.
  • TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau mematahkan cubaan menyeludup 20 migran selepas menahan sebuah bot jongkong di kawasan Sungai Simandalan Wallace Bay dekat sini, pagi semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.