KUCHING – Isnin, 4 Sept juga merupakan cuti umum di Sarawak, demikian diumumkan Pejabat Ketua Menteri hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan cuti umum bagi negara sebaik sahaja selepas tengah malam pada sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur bagi menyambut Hari Kebangsaan 2017.

Beliau berkata, cuti berkenaan adalah sebagai pengiktirafan atas prestasi cemerlang atlet Malaysia dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang baru sahaja berakhir, dan atas sokongan tidak berbelah bahagi rakyat berbilang kaum untuk para atlet.

Malaysia dinobatkan juara keseluruhan KL2017 dengan meraih 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Tiada cuti umum di Perak pada 6 Mei depan sebagaimana yang tersebar di laman sosial baru-baru ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.
  • KUCHING - Pejabat Ketua Menteri menafikan berita yang tersebar luas berhubung pengumuman Tan Sri Adenan Satem mengenai cuti umum esok.
  • IPOH - Kerajaan Negeri Perak mengumumkan cuti umum pada‎ 6 Mei bersempena istiadat pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak XXXV (ke-35).
  • KUALA TERENGGANU - – Negeri ini berkemungkinan akan mengisytiharkan hari mengundi pada 5 Mei ini sebagai cuti umum. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, satu mesyuarat khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.