TELUK INTAN -  Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan, di sini, kelmarin atas 20 pertuduhan pecah amanah dan penyelewengan duit Koperasi Serbaguna Pekerja Malaysia Berhad (Kospek) yang dilakukan pada tahun 2006 berjumlah RM122,000.

Kedua- dua tertuduh Baharin Baharuddin, 40 dan Maizatul Shima Mokthar, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh juru bahasa di hadapan Majistret Nurul Huda Abdul Razak.

Baharin berdepan dengan 12 pertuduhan di bawah  Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 14 tahun, sebat dan denda bagi setiap satu pertuduhan.

Manakala Maizatul Shima berdepan dengan lapan pertuduhan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan setiap satu pertuduhan penjara selama tempoh tujuh tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Kesemua pertuduhan terhadap dibacakan oleh  Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis  (IPD) Hilir Perak, Inspektor Norhafizah di hadapan Nurul Huda.

Pada tahun 2006, Baharin yang juga bekas kerani Kospek telah menyeleweng duit koperasi  sebanyak RM122,000 dan memasukkan duit berkenaan menerusi perbankan internet sebanyak empat kali dalam akaun sendiri.

Dalam masa sama,Baharin turut memasukkan duit berkenaan sebanyak lapan kali dengan cara sama ke dalam akaun isterinya iaitu Maizatul Shima.
Tindakan Baharin menyeleweng disedari oleh pengadu apabila membuat satu laporan polis  pada penhujung bulan Disember 2010 lalu.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan  Nurul Huda menetapkan jaminan RM7,000 bagi satu pertuduhan bagi Baharin yang membawa jumlah RM84,000 dengan satu penjamin.

Manakala Maizatul Shima dikenakan ikat jamin RM4000 bagi satu pertuduhan yang membawa jumlah RM32,000 dengan satu penjamin.

Nurul Huda juga menetapkan tarikh baru  untuk sebutan kes sementara tertuduh melantik peguam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Seorang pegawai eksekutif bank dikenakan penjara empat tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan pecah amanah terhadap barangan gadaian emas pelanggan membabitkan nilai kira-kira RM2.06 juta.
  • KOTA BHARU - Sepasang suami isteri bisu gigih membesarkan tiga anaknya termasuk anak kembar di Kampung Pasir Hor di sini.
  • KUALA NERANG - Sepasang suami isteri bersama tiga anak mereka kini terpaksa tinggal di dalam hutan di Kampung Tualak, Mukim Belimbing Kiri, di sini.
  • KERTEH - Polis Kemaman kini sedang mengesan pasangan suami isteri yang melarikan tabung kutipan derma pusat tahfiz di sebuah stesen minyak di Kerteh pada Ahad lalu.
  • SEREMBAN - Seorang peguam diminta tampil bagi membantu polis melengkapkan siasatan membabitkan satu kes pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.