IPOH - Program Permukiman Menteri Besar Perak di Daerah Kinta diteruskan lagi dengan lawatan ke Kompleks Silveritage dan Kedai Pidikay BAIDURI di Kompleks Silveritage Medan Gopeng, Medan Gopeng petang tadi.

Lawatan yang bermula sekitar jam 3 petang itu diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dengan disertai Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Zahir Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Datuk Aminuddin Md Desa.

Sempena lawatan berkenaan, Zambry turut meluangkan masa untuk melawat premis-premis perniagaan termasuk bertemu golongan peniaga serta pengunjung di Medan Selera kompleks berkenaan.