KUALA LIPIS - Pas Lipis menggesa kerajaan khasnya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) memberikan tumpuan serius membantu masalah bekalan air di daerah ini.

Timbalan Yang Dipertua (YDP) Pas Lipis, Roslan Zainal berkata, bantuan berbentuk kewangan yang sewajarnya perlu diberikan kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Lipis untuk meningkatkan keupayaan sistem bekalan air.

“Ia termasuklah peruntukan khas menggantikan saluran paip di bandar lama Kuala Lipis yang sudah terlalu lama digunakan iaitu sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan. Jadi, Pas menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan sewajarnya memperkasakan keupayaan PAIP selepas entiti tersebut diperbadankan pada 2012.

“Paip juga perlu meningkatkan sistem bekalan air untuk jangka panjang bagi menampung keperluan yang semakin bertambah ekoran perkembangan sosioekonomi setempat,” katanya selepas menyerahkan memorandum kepada Penolong Pengurus Daerah Bahagian Korporat, Paip Lipis, Rozman Razali.

Majlis serahan memorandum berhubung masalah gangguan bekalan air membabitkan kawasan Padang Tengku yang berlarutan sejak seminggu lalu itu turut dihadiri YDP Pas Lipis, Jamaludin Wahid dan YDP Pas Cameron Highlands, Abd Karim Nor.

Roslan berkata, Paip Lipis sebelum ini memaklumkan gangguan bekalan air bersih sekitar Padang Tengku berpunca dari kerosakan pam di loji Bukit Betong yang menyebabkan kapasiti air diproses dan dihantar kepada pengguna tidak mencukupi dan diselesaikan segera.

“Gangguan bekalan air  memberi tekanan kepada penduduk terutama yang menyambut Aidilfitri.

“Selain itu, peniaga makanan di Padang Tengku juga terpaksa guna kertas untuk menghidangkan makanan kerana mereka mengalami kesukaran ekoran tiada air bersih untuk mencuci pinggan mangkuk,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KAMPUNG GAJAH - Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Tapah maut manakala empat rakan mereka parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah van di Kilometer 17, Jalan Bota Kanan - Teluk Intan berhampiran Sekolah Kebangsaan Raja Chulan, Pulau Tiga di sini, hari ini.
  • LABUAN - Selepas tujuh hari mengadakan operasi mencari seorang pelajar SMK Mutiara tanpa memperoleh sebarang petunjuk baharu, pasukan penyelamat memutuskan untuk menangguhkan operasi itu hari ini namun akan terus memantau keadaan, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.