KUANTAN - Keadaan banjir di Rompin semakin pulih apabila hanya 27 mangsa daripada enam keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara manakala 118 orang daripada 33 keluarga sudah dibenarkan pulang.

Berikutan itu pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Setajam yang menempatkan 118 mangsa tersebut ditutup pada pukul 10 pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusoff berkata ketika ini hanya satu lagi pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi iaitu Balai Raya Kampung Rekoh.

"Hanya 27 mangsa daripada enam keluarga yang masih ditempatkan di situ," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. - Bernama
 

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.