KUALA ROMPIN - Sebuah pondok polis di Kampung Mukut, Pulau Tioman, di sini, yang masih digunakan di kampung itu terbakar sekitar jam 11.40 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, ia dibina pada 1983 berdindingkan kayu dengan binaan tiang konkrit dan hanya menempatkan dua anggota.

“Ketika kejadian tiada anggota berada di pondok berkenaan yang mana seorang daripada mereka keluar makan.

“Kejadian disedari penduduk kampung. Siasatan masih diteruskan dan anggaran kerugian RM400,000,”

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.