KUANTAN - Kunjungan seorang pelancong Korea Selatan untuk menikmati keindahan pantai Teluk Chempedak bertukar tragedi apabila dia diserang sekumpulan kera liar yang dipercayai kelaparan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Pyoeng Seok, 69, mengalami kecederaan di kepalanya selepas terjatuh atas batu besar yang banyak terdapat di pantai itu.

Difahamkan, mangsa berkunjung ke kawasan peranginan itu seorang diri dan tidak menyedari kehadiran sekumpulan kera liar di  belakangnya ketika berjalan menuju ke Teluk Tongkang.

Saksi, Mutalib Ahmad, 23, berkata, dia yang  berada tidak jauh dari lokasi kejadian melihat sekumpulan kera liar melompat dan menyerang mangsa bertubi-tubi.

“Mangsa yang terkejut dan tidak sempat mempertahankan diri terjatuh atas batu hingga menyebabkan dia mengalami pendarahan di kepala.

“Saya cuba usir haiwan liar itu dengan membaling batu serta kayu bagi menyelamatkan mangsa sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi APM, Mohd Firdaus Anuar berkata, lima anggota APM bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat orang awam.

Menurutnya, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih mendapat rawatan di Hospital Pakar Kuantan (KPJ) di Tanjung Lumpur.

“Semua haiwan liar itu berjaya dihalau oleh beberapa pengunjung yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BOTA - Penduduk Kampung Titi Gantong di sini, meminta pihak berkenaan menangkap kera liar yang menyerang kawasan kampung mereka sejak kebelakangan ini.
  • MACHANG - Sebuah keluarga di Kampung Pak Gombak dekat Kampung Joh di sini, kerugian lebih RM200 selepas barangan keperluan dapur yang dibeli mereka dirosakkan sekumpulan kera liar, kelmarin.
  • JERTIH - Hari pertama persekolahan selepas cuti sambutan Hari Raya buat seorang pembantu guru kelas pra sekolah di sebuah sekolah rendah, di sini, Ahad lepas tercalar ekoran insiden dia diserang dan dipukul di dalam kelas hadapan muridnya.
  • MACHANG - Lebih 3,000 penduduk di sekitar Mukim Joh, dekat Labok di sini, diancam kera liar yang bukan sahaja menimbulkan kebimbangan tetapi turut menjejaskan kehidupan mereka.
  • MIRI - Seorang lelaki maut dibunuh dalam satu pergaduhan yang berlaku di hadapan sebuah kedai snooker di Kampung Kayu Kapur, Bekenu malam tadi.