KUANTAN - Lebih 10,000 pengunjung dari bandar Kuantan dan sekitarnya membanjiri pekarangan Jalan Mahkota sempena sambutan perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan ke-60 peringkat negeri di sini hari ini.

Venue mula dibanjiri pengunjung pelbagai lapisan kaum dan usia seawal jam 7 pagi untuk memeriahkan sambutan tersebut yang disertai 89 kontinjen agensi kerajaan,swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar sekolah rendah dan menengah melibatkan 6566 peserta.

Bertemakan "Negaraku Sehati Sejiwa", sambutan tersebut menyaksikan keberangkatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mencemar duli.

Program bermula jam 8.30 itu dimulakan dengan nyanyian "Allah Selamatkan Sultan Kami" dan pemeriksaan kawalan kehormat oleh Tengku Abdullah selain terjunan udara membabitkan 10 pegawai daripada Pasukan Khas Udara (Paskau) Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM).

Ia disusuli pengisytiharan kemerdekaan selain laungan Merdeka sebanyak tujuh kali.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob,Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Peringkat Negeri,Datuk Abu Bakar Harun.

Perarakan sepanjang 500 meter itu bermula jam 9 pagi dengan variasi busana dan gaya yang berjaya memikat perhatian pengunjung selain kehadiran pelbagai jenis kenderaan serta jentera antaranya daripada Angkatan Tentera Malaysia(ATM),Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta motosikal klasik dan berkuasa tinggi.

Turut menarik perhatian pengunjung lintas hormat daripada lima jet pejuang Sukhoi SU 30 dan lima buah jet jenis F18 Hornet yang membuat formasi udara selain penampilan khas

Perarakan berakhir kira-kira jam 11.30 pagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PORT DICKSON - Dengan hanya membayar RM1, pelanggan yang makan di Kedai M2 dan M3 Anati di premis perniagaan Terminal Bas Port Dickson dapat menikmati bukan satu tapi dua keping roti canai.
  • KUALA LUMPUR - Polis menahan 17 pekerja warga asing yang merusuh di sebuah tapak binaan di Bukit Jalil pada 10 Februari lalu yang mengakibatkan kecederan kepada empat pekerja.
  • GERIK - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring dalam hutan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Bintang Hijau di Jalan Kupang, di sini, hari ini.
  • KOTA BHARU - PAS secara prinsipnya akan mengekalkan sumpah baiah kepada calon-calonnya yang akan bertanding pada PRU14 nanti.
  • KLANG - Tindakan seorang lelaki membaling gumpalan surat saman ke arah polis dan cuba melarikan diri membawa padah apabila dia ditahan dalam Op Selamat 12 di persimpangan Jalan Banting-Pandamaran, di sini, semalam.