KUANTAN - Banjir di Rompin kembali buruk malam ini apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 125 orang daripada 34 keluarga berbanding 99 orang daripada 28 keluarga petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusof berkata, sebuah lagi pusat pemindahan sementara dibuka petang ini iaitu di Balai Raya Kampung Rekoh, selepas Balai Raya Kampung Setajam yang mula beroperasi sejak semalam.

"Di Kampung Setajam, jumlah mangsa kekal 99 orang daripada 28 keluarga manakala di Kampung Rekoh, seramai 26 mangsa daripada enam keluarga kini ditempatkan di balai raya di situ," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Zainal mengesahkan setakat ini tiada jalan di Rompin yang ditutup akibat banjir. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - “Hujan lebat dalam masa lima minit, air terus naik masuk dalam rumah, kami hanya sempat selamatkan barang penting dan arahkan cucu-cucu yang masih kecil ke balai raya,” luah Lahawiyah Abdul Latif, 69, penduduk Jalan Permatang 7, Kampung Kempas Baru, di sini.
  • RAUB - Jumlah mangsa banjir di Raub meningkat kepada 213 mangsa sehingga jam 10 pagi ini berbanding 187 mangsa awal pagi tadi.
  • KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan kekal 32 orang setakat 8 pagi ini.
  • PASIR MAS - Mangsa banjir di Kampung Kolam, Gelang Mas tetap berwaspada membersihkan rumah yang ditenggelami banjir bagi mengelakkan disengat haiwan berbisa.
  • KUALA BERANG - Tanggapan air 'paras selamat’ sering disimpulkan penduduk melalui pengalaman mereka hadapi banjir sebelum ini tidak seharusnya dijadikan kayu ukuran atau penanda aras oleh mangsa-mangsa banjir untuk tidak segera berpindah ke pusat pemindahan sekiranya rumah mereka dinaiki air.