KUANTAN - Adun Semambu kesal dengan keengganan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) berjumpa dengan NGO di daerah ini dan penduduk setempat.

Lee Chean Chung berkata, pihaknya menjemput syarikat itu mengadakan pertemuan tahun lalu namun tidak mendapat reaksi positif daripada pengurusan LAMP.

Menurutnya, perjumpaan perlu diadakan supaya penjelasan terutamanya berkaitan sisa pepejal daripada kilang memproses nadir bumi tersebut yang didakwa gagal mencapai perimeter ditetapkan di negara ini.

“Lebih 10,000 sampel air diambil di Sungai Balok sejak beberapa tahun lalu. Hasil ujian makmal dijalankan oleh Jabatan Kimia menunjukkan ia gagal mencapai perimeter ditetapkan.

“Ini memberikan ancaman kepada kesihatan khususnya buat penduduk sekitar dan menjejaskan sumber pendapatan nelayan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Pusat Khidmat Dun Semambu, di sini semalam.

Hadir sama, Jurucakap Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan Bun Teet; Pengerusi Stop Lynas Coalition (SLC) Ali Akbar dan penasihat Persatuan Kawan Karib Kuantan, Ying Ah Chai.

Sementara itu, Bun Teet berkata, beliau berharap Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri dan Jabatan Kimia mengambil tindakan supaya Sungai Balok dan nelayan yang bergantung dengan hasil sungai dapat menjalani kehidupan mereka dengan baik.

“Ini satu isu yang serius dan kita akan mengadakan perjumpaan terbuka kepada semua penduduk dan mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut yang akan dijalankan di Pusat Khidmat Dun Semambu pada 23 Julai ini bermula jam 2 hingga 4 petang,” katanya.

Ali pula menggesa JAS memaklumkan kepada orang ramai secara terbuka dengan penemuan dan maklumat yang ada demi kesejahteraan rakyat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendakwa, Ketua Pegawai Eksekutif (Ceo) Lynas, Amanda Lacaze berbohong kepada warga Kuantan berhubung isu keselamatan rakyat negeri ini.
  • KUANTAN - PKR Cabang Indera Mahkota meminta pencinta alam sekitar memberikan sokongan kepada 15 aktivis yang bakal berhadapan dengan keputusan Mahkamah Sesyen, esok atas dakwaan menyertai perhimpunan haram dan melakukan kekerasan di hadapan Syarikat Lynas Malaysia, Gebeng, tiga tahun lalu,
  • KUANTAN - Kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd dijamin selamat selepas tiga tahun beroperasi sepenuhnya, sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa operasi kilang itu membawa kesan negatif.
  • KUANTAN - Penentangan terhadap Lynas Corporation yang berlanjutan beberapa tahun hampir melunturkan semangat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amanda Lacaze untuk meneruskan pelaburannya di sini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.