KUALA ROMPIN - Susulan hujan lebat tidak berhenti dari pagi semalam hingga malam dan ditambah dengan paras air pasang tinggi, beberapa kawasan di Kampung Setajam dan Pianggu telah dinaiki air.

Menurut laporan daripada Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Rompin, setakat jam 2 petang tadi seramai 151 mangsa daripada 48 keluarga telah dipindahkan melibatkan dua pusat pemindahan.

Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam mencatatkan jumlah mangsa seramai 104 mangsa daripada 33 keluarga manakala di Dewan Dato Seri Hasan Kampung Pianggu seramai 47 mangsa daripada 15 keluarga.

Selain itu, 11 keluarga Orang Asli di Kampung Bukit Lepas juga dilaporkan terputus hubungan dan telah berpindah ke surau berhampiran serta telah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rompin.

Walaupun cuaca sudah tidak hujan pada hari ini namun paras air di Kampung Kasing dan Kurnia mencatatkan trend meningkat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Daerah Kota Belud dan Daerah Kecil Membakut, sehingga 12 tengah hari ini menurun kepada 1,617 orang daripada 679 keluarga berbanding 1,685 orang daripada 719 keluarga pagi tadi.
  • KOTA BHARU - Kastam Diraja Malaysia Kelantan menahan tiga lelaki dan merampas 5,700 karton rokok seludup bernilai RM728,460 yang disorokkan dalam lapisan kayu dalam serbuan di Kampung Telaga Ara, Gunong, Bachok, semalam.
  • JOHOR BAHRU - Dua calon peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dari SMK Mohd Khalid, di sini bukan sahaja tinggal dalam kejiranan yang sama di Taman Mutiara Rini malah sama-sama mendapat keputusan cemerlang dalam PT3.
  • PORT DICKSON - Kira-kira 300 pengunjung hadir untuk menyaksikan pancuran meteor 'geminids' di perkarangan Balai Cerap Teluk Kemang (BCTK), di sini sejak 8 malam semalam sehingga awal pagi ini.
  • JOHOR BAHRU - Mayat seorang kanak-kanak lelaki dipercayai lemas di Sungai Plentong dekat Kampung Sri Makmur, di sini, dua hari lepas ditemui kira-kira 10 Kilometer dari tempat mangsa jatuh.