BUKIT KATIL - Pertembungan Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, merupakan satu pertembungan yang amat dinantikan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Banyak pihak yang melabelkan pertemuan kedua mereka ini seumpama pertembungan antara David dan Goliath.

Malahan, sejak nama Mohd Ali diumum akan bertanding di kerusi parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar sudah beberapa kali menyamakan pertemuan ini umpama pertemuan antara petinju Muhammad Ali dan Joe Frazier.

Menurut Shamsul Iskandar, perlawanan yang diadakan pada tahun 1971 di Madison Square Garden di New York itu merupakan satu perlawanan yang mencatatkan sejarah kerana inilah pertama kali Muhammad Ali tewas sebagai peninju profesional.

“Ada rakan yang memaklumkan kepada saya mengenai perlawanan itu dan turut menggelarkan pertembungan saya dengan Mohd Ali pada PRU13 ini sebagai 'fight of the century',” katanya.

Mungkin sejarah inilah yang ingin dicatatkan Shamsul Iskandar dengan menjadikan PRU13 ini kekalahan pertama Mohd Ali.

Bagi Shamsul Iskandar, peluang beliau menumbang lawan yang jauh lebih berpengalaman darinya tidaklah mustahil memandangkan PR sudah memulakan gerak kerjanya seawal dua tahun lalu.

Malahan, sentimen semasa di peringkat akar umbi dewasa ini dilihat memungkinkan berlakunya sejarah buat PKR Melaka dengan memenangi kerusi pertama mereka dalam pilihan raya umum di negeri ini.

Menurut beliau, populariti calon semata-mata tidak akan memberi sebarang kesan kerana kualiti calon adalah jauh lebih penting.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MELAKA - Pengundi seluruh negara perlu melihat apa yang terjadi di Parlimen Bukit Katil di sini sebagai bukti nyata bahawa pembangkang hanya tahu menabur janji manis pada pilihan raya demi mendapatkan undi, kata bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam.
  • BANDARAYA MELAKA - Wakil rakyat pembangkang di negeri ini kesal apabila ada pihak cuba mempolitikkan jamuan hari raya yang dianjurkan mereka.
  • MELAKA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Umno Bahagian Bukit Katil Tan Sri Mohd Ali Rustam di Dewan Tun Ali di sini.
  • SHAH ALAM - PKR mendakwa setelah empat tahun pasca PRU13, BN masih tidak menepati janjinya untuk merealisasikan segala manifesto yang mereka janjikan.
  • KUALA TERENGGANU - Pembangkang desak kerajaan negeri mengemukakan janji-janji manifesto yang sudah tertunai kepada rakyat termasuk tambahan 18 perkara baharu dalam manifesto PRU13 lalu.