KOTA BAHARU - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini menerima Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (DK) daripada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini.

Pada majlis penganugerahan darjah kebesaran itu, Sultan Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri Utama Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BAHARU - Seramai 50 individu yang kebanyakannya golongan wanita berkerjaya, terjerat dalam penipuan seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Frozen’ membabitkan kerugian wang tunai berjumlah RM515,000.
  • KOTA BAHARU - Tindakan seorang lelaki berbasikal meragut beg tangan wanita pejalan kaki di belakang sebuah bank di Pasir Puteh, bulan lalu, menerima balasan apabila dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.