RANTAU PANJANG - Keunikan membakar ayam dalam tempayan membawa tuah kepada seorang peniaga di bazar Ramadan tepi Masjid Beijing, semalam.

Amri Mohamad, 44, berkata, dia memulakan perniagaan menjual juadah berbuka sejak tujuh tahun lalu, menggunakan resipi turun temurun.

Menurutnya, keunikan membakar menggunakan haba di dalam tempayan lebih diminati kebanyakan pelanggannya.

Ini kerana katanya, pelanggannya lebih mementingkan kesihatan kerana teknik membakar tidak menggunakan minyak banyak berbanding menggoreng atau menggril.

“Hanya satu plastik arang digunakan untuk membakar 10 ekor ayam dan ia mengambil masa beberapa jam untuk masak sepenuhnya.

“Bagi mengelakkan nutrisi serta rasa ayam hilang, saya membakarnya secara perlahan-lahan menggunakan haba yang sedikit,” kata Amri, semalam.

Memandangkan rasanya yang unik, Amri berkata, ayam yang dibakar akan habis dijual dalam masa sehari.

Sementara itu, seorang peniaga muda, Aziz Nawi, 26, turut menjual ayam bakar tandori di bazar yang sama sepanjang Ramadan, sejak enam tahun lalu.

Menurutnya, hampir 40 ekor ayam mampu dijual dalam masa sehari sepanjang bulan puasa kali ini.

“Mungkin harganya yang murah iaitu RM6 bagi suku ayam menyebabkan kami tidak menang tangan membakar ayam di sini,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA KRAI - Pengguna dinasihatkan menghentikan menyebar ayam yang dijual di salah sebuah pasaraya di negeri ini tidak disembelih seperti tular di laman sosial sejak kebelakangan ini.
  • TAMPIN - Penduduk di Taman Suria di sini, dan berdekatan kesal apabila ada penduduk menternak ayam di taman perumahan berkenaan.
  • KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu memberi jaminan bekalan ayam dan daging di Terengganu mencukupi bagi tempoh bermula minggu depan sehingga ke musim perayaan ini.
  • GUA MUSANG - Peniaga di bazar Ramadan melahirkan kebimbangan untuk meneruskan perniagaan apabila harga borong ayam mentah sudah mencecah RM8.40 sekilogram.
  • ALOR SETAR - Hari pertama Ramadan mendapati harga ayam bersih di sini meningkat kepada RM8.50 sekilogram (kg) berbanding RM7.80 kg sebelum ini.