KEMPEN PB FD Rush kembali untuk memberi ganjaran kadar promosi lebih tinggi kepada pelanggan setia. 

Dalam satu kenyataan media bank berkenaan berkata, kempen itu pertama kali dilancarkan Public Bank Berhad (PBB) pada Mac lalu dan kini dilancarkan semula oleh PBB dengan kerjasama Public Islamic Bank Berhad (PIBB) yang bermula 1 Oktober lalu hingga 30 November depan.

Ia terbuka kepada semua pelanggan  individu dan bukan individu PBB dan PIBB yang baharu dan sedia ada.

Menurut kenyataan itu,  penyertaan untuk kempen ini adalah amat mudah dan  pelanggan-pelanggan akan menikmati kadar faedah atau keuntungan promosi sebanyak 3.68 peratus setahun dengan meletakkan wang mereka di bank untuk tempoh jangka pendek selama 4 bulan.

Deposit Tetap Plus (DT Plus) dan Deposit Bertempoh-i (DB-i) ditawarkan sebagai produk yang layak di bawah Kempen ini. DT Plus adalah akaun Deposit Tetap Konvensional, manakala DB-i adalah Deposit Bertempoh Islam yang memberi pelanggan fleksibiliti untuk mengendalikan dana mereka bagi peletakan jangka pendek atau jangka panjang.

"Pelanggan individu dan bukan individu hanya perlu meletakkan minimum sebanyak RM50,000 untuk menikmati kadar promosi di bawah kempen ini, tertakluk pada peletakan maksimum sebanyak RM5 juta bagi individu dan RM20 juta untuk bukan individu.

"Kempen 'PB FD Rush' ini sebahagian usaha bank untuk menggalakkan simpanan dengan memberi ganjaran kepada pelanggan apabila mereka menambah simpanan dalam Tempoh Kempen.

"Kami sentiasa adakan pelbagai kempen sebagai penghargaan kepada pelanggan atas kepercayaan dan kesetiaan mereka yang berterusan," menurut kenyataan itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • COSTA Coffee yang terkenal di Eropah kini turut mendapat tempat di Malaysia.
  • HOTEL Habib yang didirikan di tengah-tengah bandar Kota Bharu sejak 2010, kini berwajah baharu dengan penggunaan nama Hotel Jewels, selain menjadi hotel pertama menekankan konsep berlian dan batu permata sebagai tarikan utama.
  • SYARIKAT barang kemas premium, Aurora Italia Sdn Bhd menyasarkan jualan produknya, Aurora Italia sebanyak RM20 juta menjelang akhir tahun ini, dipacu promosi yang agresif dan pembukaan beberapa kios dalam serta luar negara.
  • MALINDO Air telah berkerjasama dengan All Nippon Airways (ANA), satu-satunya syarikat penerbangan bertaraf lima bintang dan terbesar di Jepun, bagi menawarkan penumpang, sambungan yang lebih besar dan lancar merentasi ASEAN dan lebih daripada 200 laluan rangkaian di bawah syarikat berkenaan.
  • LAYANAN cukai yang sama dalam pasaran modal Asean adalah penting untuk menggalakkan aliran modal antara negaraAsean, kata Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.