Putrajaya dilanda banjir kilat

Tangkap layar video dimuat naik Noraishah Mydin
Tangkap layar video dimuat naik Noraishah Mydin
A
A
A

SHAH ALAM – Beberapa kawasan di sekitar Presint 9 dan Presint 11, Putrajaya dilanda banjir kilat susulan hujan lebat pada Ahad.

Perkara tersebut dikongsi Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Putrajaya, Dr Noraishah Mydin yang memuat naik video berdurasi 45 saat memaparkan limpahan air di atas jalan raya.

"Saya menerima laporan bahawa terdapat kejadian banjir kilat di sekitar Presint 9 dan Presint 11.

"Saya bergegas ke lokasi kejadian bagi meninjau keadaan di sana. Pihak berwajib telah dihubungi bagi mengambil tindakan lanjut," ciapnya di Twitter.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada selain meletakkan kenderaan di tempat lebih selamat.

Artikel Berkaitan: