Wan Azizah kecewa tindakan Lajim Ukin

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
A
A

SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail melahirkan rasa kecewa beliau dengan tindakan bekas Ketua PKR Sabah, Datuk Seri Panglima LajimUkin meninggalkan parti itu.

Menurutnya, beliau cuba memahami tindakan Lajim tersebut serta memberi penekanan kepada Sabah dalam kempen menentang BN.

“Amalan ahli Parlimen atau Adun yang meninggalkan parti tidak boleh dibiarkan. Saya mengharapkan yang terbaik buat mereka yang memilih untuk meninggalkan parti di Sabah.

“Saya yakin bahawa mereka akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan Sabah untuk memastikan kerusi satu sama satu di semua kerusi Dun dan Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau juga turut berterima kasih kepada pemimpin negeri yang tetap berpegang teguh dengan PKR.

“Semua 26 bahagian kami di negeri ini termasuk Labuan kekal kukuh dan berfungsi kerana hanya pemimpin individu yang meninggalkan parti tetap memihak kepada pembangkang.

“Keadilan Sabah akan terus menerajui persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Persekutuan yang dijangka kurang dari setahun lagi,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, beliau turut bercadang untuk membawa parti itu untuk menjadi daya penggerak yang menyatukan semua kuasa menentang BN di Sabah dan di tempat lain.

“Keadilan merupakan satu-satunya parti yang membawa setiap bangsa dan setiap kumpulan di atas platform yang berbilang kaum dan progresif serta satu-satunya parti dalam sejarah Malaysia punyai wakil rakyat di setiap negeri dan setiap etnik,” katanya.


×