[VIDEO] PRK KKB: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi semasa kempen

A
A
A

HULU SELANGOR - Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.

Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu berkata, pengesahan daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengenai taraf akademiknya itu telah 'menutup mulut' semua pihak yang mempertikaikan perkara berkenaan.

"Perkara ini (pengesahan kelayakan) sudah terdedah dan yang penting, kita nak jadi pemimpin yang mempunyai sifat integriti, tidak perlu menipu.

"Sudah-sudahlah dengan dakwaan peribadi dan saya harap selepas ini tidak ada lagi. Kita kempen secara baik, serangan peribadi ini tidak bagus," katanya ketika ditemui selepas program masyarakat di Kampung Chuang, di sini pada Ahad.

Khairul Azhari diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus ketika beramah mesra bersama kaum India di Kampung Chuang pada Ahad
Khairul Azhari diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus ketika beramah mesra bersama kaum India di Kampung Chuang pada Ahad

Kontroversi membabitkan taraf pendidikan Khairul Azhari rancak diperdebatkan susulan menimbulkan kekeliruan kerana beliau memiliki ijazah sarjana tanpa tanpa ijazah sarjana muda.

Sementara itu ditanya mengenai pendekatan meraih undi kaum bukan Melayu, beliau menjelaskan, PN menyantuni semua golongan masyarakat tidak kira agama dan warna kulit.

“Kita tahu sebelum ini (ketika) PN jadi kerajaan, kita santuni semua orang selagi dia rakyat Malaysia (kerana) mereka berhak mendapat apa yang patut dia dapat.

Artikel Berkaitan:

Khairul Azhari beramah mesra bersama kaum India di Kampung Chuang pada Ahad
Khairul Azhari beramah mesra bersama kaum India di Kampung Chuang pada Ahad

“Pastinya kita mengharapkan pengundi bukan Melayu melihat apa rekod yang kita telah buat walaupun dalam masa yang pendek, semua dapat manfaat," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!