X

Kindly register in order to view this article
!

‘Pemimpin Umno bimbang parti baharu’

A Kadir Jasin
A Kadir Jasin
A
A

SHAH ALAM - Gambaran bahawa pemimpin Umno dan BN tidak bimbang dengan kewujudan parti baharu diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak benar.

Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin mendakwa, pemimpin Umno, sambil mendabik dada menyatakan mereka tidak gentar dengan kewujudan parti baharu itu, dilihat menggunakan pelbagai istilah dan melabel pihak yang berusaha menubuhkan parti baharu itu.

“Mereka menyindir dengan mengatakan ia merugikan rakyat, longgokan sampah, memecahbelahkan Melayu, Dr Mahathir ganti  Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang, pakatan baharu tidak selesaikan masalah pembangkang, DAP takut parti baharu dan macam-macam lagi.

“Kalau parti baharu dicadangkan itu gagal dan Umno tidak terancam, kenapa memaki hamun?,” soalnya menerusi catatan di blog rasminya, semalam.

Sementara itu, Kadir turut menasihati pemimpin Umno supaya menumpukan perhatian kepada ketulusan perjuangan mereka.

“Tak perlulah habiskan masa dan tenaga buat macam-macam kutukan serta fitnah terhadap cadangan tersebut atau mereka sebenarnya tahu parti baharu dan pakatan yang akan disertainya berkeupayaan melemahkan Umno yang sememangnya lemah sejak PRU13.

“Kalau mereka tidak takut, mengapakah mereka mengeluarkan senarai palsu kepimpinan parti berkenaan.

"Mereka memulakan kempen fitnah ke atas orang yang pada jangkaan mereka menerajui parti tersebut?,” soalnya.

  


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!