[VIDEO] UMNO perlu bentuk gabungan, gagasan baharu - Bung Moktar

A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berpandangan bahawa partinya itu perlu membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau berkata, perkembangan politik semasa negara termasuk di Sabah menunjukkan tiada satu parti pun yang boleh memerintah melainkan melalui gabungan.

"Saya rasa mengikut keadaan politik semasa termasuk di Sabah, tidak akan ada satu parti termasuk di Sabah. Sebab kita sudah melalui pilihan raya demi pilihan raya, jadi kita kena ada satu gagasan, gabungan baharu.

"Alasannya, rakyat sudah tidak boleh menerima satu parti sebab pengundi muda melihat bagaimana parti-parti di Sabah ini, UMNO sudah memerintah, Parti Warisan (Warisan) sudah memerintah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sudah, Parti Bersatu Sabah (PBS) sudah, jadi pembangkang pun sudah.

"Jadi itu juga parti yang bertanding dalam PRN akan datang, rakyat sudah boleh menilai dengan keberadaan semua parti ini. Jadi biar rakyat menilai tetapi kita merasakan bahawa perlu ada gagasan baharu untuk stabilkan politik," katanya.

Bung Moktar (tiga dari kiri) pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) di Bangunan UMNO, di sini pada Jumaat.
Bung Moktar (tiga dari kiri) pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) di Bangunan UMNO, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) di Bangunan UMNO, di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun, Bung Moktar berkata, gabungan atau gagasan baharu itu perlu diperhalusi kerana melibatkan beberapa parti termasuk UMNO, Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Artikel Berkaitan:

"Itu memang pasti (parti gabungan). Sabar, kita akan perhalusi segala-galanya," katanya.

Ditanya adakah gabungan itu akan dinamakan, beliau sekali lagi menegaskan nama gabungan akan dimaklumkan apabila tiba masanya nanti.

"Mesti ada nama, tetapi masanya belum sampai," katanya.

caption

1. Bung Moktar ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan JKDM di Bangunan UMNO, Kota Kinabalu.

tamat

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!