Murid hadiahkan cikgu barang kemas sempena Hari Guru

Tangkap layar video Hafiy yang memilih untuk menghadiahkan gurunya dengan barang kemas sempena sambutan Hari Guru 2024.
Tangkap layar video Hafiy yang memilih untuk menghadiahkan gurunya dengan barang kemas sempena sambutan Hari Guru 2024.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang murid mencuri tumpuan netizen apabila memilih barang kemas sebagai hadiah buat guru-gurunya sempena sambutan Hari Guru tahun ini.

Menerusi satu klip video berdurasi 45 saat yang tular di TikTok, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dilihat membeli barang kemas kepada10 orang mualim dan mualimahnya.

Murid terbabit mengunjungi sebuah kedai emas popular dengan ditemani ibu dan bapanya.

"Hadiah Hari Guru 2024 daripada Hafiy Hadeef untuk mualim dan mualimah. (Hadiah untuk) 10 orang gurunya.

"Terima kasih khasnya buat Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru Hafiy cantik-cantik," tulis ibu murid berkenaan, Nursashikin Din di TikTok.

Sehingga jam 2.30 petang Khamis, video yang dimuat naik pada Rabu itu telah meraih sebanyak 2.5 juta tontonan, 71,600 tanda suka dan 2,437 komen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen kagum dan tersentuh hati dengan pilihan hadiah Hafiy dan mendoakan agar kanak-kanak itu serta keluarganya sentiasa dimurahkan rezeki.

"Alhamdulillah rezeki cikgu-cikgu Hafiy. Yang mampu biarlah. Terima kasih juga berkongsi rezeki bersama cikgu-cikgu Hafiy. Yang tak mampu kita ni bagi je apa yang mampu," tulis MZJZ.

Artikel Berkaitan:

"Masya-ALLAH dik...semoga awak sentiasa dimurahkan rezeki dunia akhirat. Untuk Hafiy semoga membesar menjadi hamba yang soleh dunia dan akhirat," kata Nur Hazi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!