Balai Polis Ulu Tiram diserang, dua maut, seorang cedera parah

Keadaan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada Jumaat selepas berlaku kejadian dua anggota polis maut ditembak manakala seorang lagi anggota parah.
Keadaan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada Jumaat selepas berlaku kejadian dua anggota polis maut ditembak manakala seorang lagi anggota parah.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Balai Polis Ulu Tiram, dekat sini gempar apabila dua anggota polis maut diserang jam 4.41 pagi Jumaat.

Sebelum itu, seorang anggota polis yang bertugas di pusat kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bersama seorang rakan setugas telah menerima panggilan kecemasan MERS999 jam 2.54 pagi.

Panggilan daripada seorang lelaki warga tempatan menyatakan anggota polis dipukul di Balai Polis Ulu Tiram.

Ekoran panggilan tersebut, sebuah MPV JH896 telah diarahkan ke lokasi kejadian.

Difahamkan seorang konstabel dipercayai telah meninggal dunia kerana ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.

Selain itu, seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel dipercayai maut kerana ditembak pada bahagian pipi sehingga menembusi kepala.

Sementara itu, seorang koperal juga ditembak suspek dan kini berada di zon merah di sebuah hospital.

Suspek dipercayai telah ditembak mati dan dua senjata iaitu sepucuk pistol jenis Walther P99 dan selaras HK MP5 telah dirampas daripada pihak penyerang.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar ketika ditemui di balai polis tersebut mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sedang dalam perjalanan menuju ke Balai Polis Ulu Tiram.

Ketika ini, petugas media sedang berkumpul di lokasi kejadian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Negara hari ini digemparkan dengan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi hingga mengorbankan dua anggota polis. Berikut kronologi insiden terbabit. Muzik: Theatre Of Delays - Temporal Illusions dari Bensound.com #SinarHarian #SinarTerkini #Tembak #Polis #JemaahIslamiyah #Maut

original sound - Sinar Harian