Cuaca panas tahap berjaga-jaga di tiga negeri

Cuaca panas luar biasa yang melanda terutama di Kelantan, Perlis dan Kedah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di beberapa kawasan di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.

A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di beberapa kawasan di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.

Jabatan itu memaklumkan, terdapat lima kawasan di Kelantan mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Jeli, Pasir Mas, Kuala Krai, Gua Musang dan Pasir Puteh.

Selain Kelantan, daerah Kinabatangan di Sabah dan juga Mukah (Sarawak) turut mencatatkan suhu panas Tahap 1.

"Tahap berjaga-jaga adalah suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Terdapat lima kawasan di Kelantan mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Jeli, Pasir Mas, Kuala Krai, Gua Musang dan Pasir Puteh.
Terdapat lima kawasan di Kelantan mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Jeli, Pasir Mas, Kuala Krai, Gua Musang dan Pasir Puteh.

"Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada laman web www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis.

Sementara itu Met Malaysia turut memaklumkan, Monsun Barat Daya akan bermula pada 17 Mei ini dan dijangka berterusan sehingga September depan.

Sepanjang tempoh tersebut jelasnya, taburan hujan dijangka rendah di kebanyakan tempat sekali gus boleh menyebabkan berlaku fenomena jerebu sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu, elakkan pembakaran terbuka dan gunakan air secara berhemah," menurut kenyataan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!