X

Kindly register in order to view this article
!

Melayu Muslim wajib undi BN, kata Hasan Ali

Hasan
Hasan
A
A

KUALA LUMPUR – Jalur Tiga (Jati) menyeru rakyat khususnya Melayu beragama Islam memberikan undi mereka kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, "kami ilmuan dan agamawan yang bergerak di dalam Jati sebulat suara memutuskan dan bersependapat bahawa mengundi dan memilih Umno dan BN di dalam PRU13 ini adalah wajib bagi umat Islam." “Saya ingin bertanya kepada semua, apakah kita boleh meletakkan tanggungjawab mengagungkan Islam kepada DAP yang jelas inginkan negara sekular? Adakah kita dapat mengharapkan perjuangan menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud yang telah diperjuangkan sejak 60 tahun lalu oleh Pas akan terus disambung oleh pemimpin yang dilihat mabuk untuk ke Putrajaya? “Dan adakah kita yakin akan terbentuknya negara bermoral dan rakyat bersahsiah dengan negara yang di nakhodakan oleh pemimpin yang sedang bergelut dengan permasalahan moral yang berterusan dan serius? “Dengan meletakkan masa depan umat Islam sebagai penunjuk arah dan melihat parahnya keruntuhan ilmu dan amalan Islami di kalangan anggota masyarakat, Jati memutuskan bahawa menjadi kewajipan kepada para pengundi Melayu Muslim untuk memilih dan mengundi BN dalam PRU13 nanti,” katanya semasa siding media di kediamannya, hari ini. Menurutnya, Jati tidak menaruh walau sebutir keyakinan kepada Pakatan Rakyat (PR) dan ketiga-tiga parti komponennya untuk mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!