X

Kindly register in order to view this article
!

Hari yang sibuk buat Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh semasa hadir Mesyuarat Jemaah Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh semasa hadir Mesyuarat Jemaah Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai jadual padat pada hari pertama bertugas sebagai timbalan perdana menteri, bermula dengan beliau menghadiri majlis angkat sumpah jawatan bagi menteri dan timbalan menteri baharu di Istana Negara pagi ini. Pada majlis angkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Ahmad Zahid menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semalam mengumumkan rombakan Kabinet di Putrajaya.     Selepas majlis di Istana Negara di ibu negara, anggota Parlimen Bagan Datoh itu terus ke Putrajaya bagi menghadiri mesyuarat Kabinet dipengerusikan Najib.     Menurut pembantunya, Ahmad Zahid, buat masa ini, akan menjalankan tugasnya dari pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri di pusat pentadbiran persekutuan itu.     Rombakan Kabinet menyaksikan pelantikan Ahmad Zahid sebagai timbalan perdana menteri yang baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Empat menteri lain turut digugurkan dan tujuh menteri baharu dilantik.  Selepas mesyuarat Kabinet, Ahmad Zahid bergegas ke Kementerian Dalam Negeri bagi menghadiri majlis khas yang menghimpunkan warga kerja kementerian bagi meraikan pelantikan beliau sebagai timbalan perdana menteri.     Program beliau pada hari ini termasuk majlis Aidilfitri bersama-sama anggota polis dan keluarga mereka di Dewan Serbaguna ibu pejabat polis Desa Tasik di Sungai Besi.     Ahmad Zahid berkata, pelantikan beliau sebagai timbalan perdana menteri bukan satu habuan tetapi tanggungjawab terhadap negara dan seluruh bangsa di  Malaysia. Naib Presiden Umno itu berkata beliau akan menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin mengikut kemampuannya. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!