X

Kindly register in order to view this article
!

Exco Srikandi Bersatu Perak letak jawatan

Zulaiha (duduk,dua kanan) melepaskan jawatannya dalam parti.
Zulaiha (duduk,dua kanan) melepaskan jawatannya dalam parti.
A
A

IPOH - Kesal dengan kemelut politik tidak matang Bersatu Perak, Exco Srikandi Bersatu Perak, Zulaiha Sidek melepaskan kedua-dua jawatannya dalam parti.

Zulaiha mengakui keputusan yang dibuat ini adalah keputusan sendiri bukan disebabkan desakan mana-mana pihak.

"Tidak sepatutnya berlaku keretakan, pepecahan dan berpuak-puak dalam Bersatu kerana tidak mencerminkan moto parti iaitu bersatu, bermaruah dan beramanah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu umpama retak menanti belah]

"Kepimpinan pusat dan negeri perlu memberi perhatian khusus kepada suara akar umbi seterusnya mengambil tindakan yang efisien terhadap setiap permasalaha yang timbul," katanya ketika sidang media tadi.

Sebelum ini wujud desakan dalam kalangan anggota dan kepimpinan Bersatu Perak supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya sebagai presiden parti.

Ia susulan dakwaan Muhyiddin menjadi punca sebahagian besar daripada 24 bahagian Bersatu di negeri ini berpendapat Muhyiddin bertanggungjawab di atas segala kepincangan parti yang berlaku di peringkat kebangsaan dan negeri.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!