X

Kindly register in order to view this article
!

Ada kawasan adakan mesyuarat agung lebih awal

Satiful Bahri Mamat
Satiful Bahri Mamat
A
A

KUALA TERENGGANU – Dua kawasan yang mencalonkan nama selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon presiden disifatkan cuba memberi gambaran berlaku gelombang penolakan terhadap kepimpinan presiden sedia ada. Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, keadaan itu boleh dilihat apabila kedua-dua kawasan tersebut seolah-olah sengaja mengadakan mesyuarat agung kawasan lebih awal berbanding tempat lain yang kebanyakannya bermula awal April ini, termasuk semua kawasan di Terengganu. Bagaimanapun katanya, keputusan dibuat Pas Kota Bharu dan Kota Tinggi itu langsung tidak mengejutkan kerana pendirian pemimpin di kedua-dua kawasan tersebut memang dikenali agak bertentangan berbanding pemimpin Pas kawasan lain. “Beberapa kawasan dikenali dengan pemimpinnya yang cuba untuk mewujudkan gelombang (penolakan) tetapi realitinya tidak begitu. "Masih banyak lagi kawasan yang belum bermesyuarat dan kebanyakannya bermula bulan depan," katanya. Menurutnya,  hanya beberapa kawasan yang mempunyai pandangan kontra sahaja yang bermula lebih awal. AKAN MENYUSUL


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!