Pekebun durian sanggup bayar pampasan, kongsi keuntungan

Pengusaha dan pekebun durian Raub.
Pengusaha dan pekebun durian Raub.
A
A
A

KUANTAN - Save Musang King Alliance (Samka) bersedia bekerjasama dengan kerajaan Pahang menyelesaikan kemelut penerokaan tanah dan kebun durian haram di Raub Pahang.

Pengerusinya, Chang Yee Chin berkata, pekebun durian terbabit bukan sahaja mahu membayar pampasan kepada kerajaan negeri atas kerugian yang dialami malah turut berkongsi sebahagian keuntungan daripada penghasilan durian kepada kerajaan negeri.

Menurutnya, pekebun juga mahu bekerjasama dengan kerajaan dalam rancangan perkembangan industri durian di Pahang serta pengurusan sumber air dan pemeliharaan alam sekitar.

Beliau berkata, pada 1970-an, pekebun telah menyahut Rancangan Buku Hijau yang diseru oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak untuk meneroka tanah terbiar di Raub.

Bekas Ahli Majlis Kajang itu berkata, beliau kesal apabila pekebun tersebut didakwa sebagai ‘pekebun haram’ atas hasutan pihak tertentu.

Chang Yee Chin menunjukkan buah durian hasil kebun durian di Raub.
Chang Yee Chin menunjukkan buah durian hasil kebun durian di Raub.

"Hentikan memfitnah saya dan pekebun lain bahawa kami tidak sudi berunding dengan kerajaan. Jangan mempolitikkan isu tersebut.

"Saya ingin menegaskan bahawa kami tidak berniat menyembunyikan fakta bahawa saya ahli DAP. Saya sanggup memimpin kempen ini bukan kerana saya ahli DAP tetapi sahabat lain.

"Kami tidak mengira kaum Cina atau Melayu menghadapi masalah yang sama, kerajaan berkomplot dengan korporat swasta dan merampas titik peluh serta tanah yang kami uruskan," dakwanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: PSAP desak ambil tindakan pihak bersekongkol, peneroka haram

Lapan NGO lapor polis bantah penerokaan tanah haram

Pahang ambil alih kawasan tanaman durian haram di Raub

Pahang rugi hasil cukai RM30 juta akibat penanaman durian haram

Pada masa sama beliau berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan di atas krisis musang king ini dengan berpura-pura sebagai seorang yang adil.

Beliau berharap pekebun dan kerajaan negeri boleh mencapai situasi menang-menang bagi mencapai penyelesaian berkenaan.

Terdahulu kerajaan negeri menerusi Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang dilaporkan mengambil alih tanaman durian dan buah-buahan yang diusahakan secara haram di sekitar Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub mulai 24 Ogos.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dalam kenyataan memberi amaran akan mengambil tindakan, sama ada didakwa di mahkamah atau dimusnahkan tanaman berkaitan, jika terdapat pihak yang menceroboh selepas tarikh itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengusaha tanaman musang king mahu berunding

'Kerajaan berhak saman penceroboh'