Jurulatih kebangsaan latih kanak-kanak bersukan

Kervin Lim (kiri) semasa pelancaran program Milo Champions Clinic: E-Coaching di Sunway Piramid hari ini.
Kervin Lim (kiri) semasa pelancaran program Milo Champions Clinic: E-Coaching di Sunway Piramid hari ini.
A
A
A

MILO selaku peneraju sukan peringkat akar umbi melancarkan Milo Champions Clinic: E-Coaching dalam usaha untuk memupuk minat kanak-kanak bersukan.

Pengurus Pemasaran Sukan Milo, Nestle (Malaysia) Berhad, Kerwin Lim berkata, inisiatif baharu ini sebahagian daripada matlamat Milo untuk memupuk masyarakat gaya hidup aktif di bawah gerakan Milo Aktif Negaraku dengan menyediakan sebuah platform untuk meningkatkan akses kepada sukan.

Beliau berkata, Milo Champions Clinic: E-Coaching merupakan lanjutan daripada Milo Champions Clinic iaitu program latihan sukan peringkat permulaan yang dibangunkan secara khusus untuk menggalakkan kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun kekal aktif serta memupuk minat mereka terhadap sukan.

"Sebagai pelengkap program Milo Champions Clinic, Milo Champions Clinic E-Coaching fokus pada tiga jenis sukan yang paling sesuai untuk latihan di rumah serta dalam talian, iaitu badminton, futsal dan bola keranjang.

"Program melalui dalam talian ini sekali gus berkongsi manfaat sukan dengan lebih ramai kanak kanak, keluarga dan komuniti," katanya pada sidang akhbar Milo Champions Clinic: E-Coaching di Sunway Piramid hari ini.

Menurutnya, menariknya Milo Champions Clinic E-Coaching ini turut membawakan beberapa jurulatih-jurulatih kebangsaan bertaraf dunia.

"Antara yang terlibat adalah Daphne Ng (badminton), Chiew Chun Yong (futsal) dan Yoong Sze Yuin (bola keranjang) dan legenda badminton, Rashid Sidek.

"Turut membuat penampilan khas dalam salah satu sesi latihan dalam talian adalah kapten pasukan bola keranjang wanita kebangsaan, Nur Izzati Yaakob dan bintang bola sepak kebangsaan yang sedang melonjak popular Nik Akif Syahiran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Milo Champions Clinic E-Coaching ini akan bermula 10 Oktober sehingga 22 November ini.

"Ibu bapa boleh daftarkan anak mereka dalam Milo Champions Clinic E-Coaching dengan pakej lengkap pada RM85 yang merangkumi peralatan sukan seperti bola keranjang, futsal dan raket badminton.

"Terdapat juga pakej asas dengan yuran serendah RM50. Pendaftaran berdasarkan yang cepat didahulukan, orang ramai boleh layari www.milo.com.my untuk maklumat lanjut," katanya.

Tambahnya, Milo Champions Clinic E-Coaching menawarkan latihan selama lima minggu di rumah menerusi dalam talian.

"Setiap minggu, kanak-kanak akan mempelajari kemahiran asas dengan menonton video terlebih dahulu, diikuti dengan sesi latihan berkumpulan dalam talian bersama jurulatih.

"Dalam sesi ini, jurulatih akan berinteraksi dengan kanak kanak dan memastikan mereka mempelajari teknik yang betul," katanya.

Katanya, selain menggalakkan kanak-kanak kekal aktif secara selamat, program berkenaan dapat memupuk nilai-nilai murni seperti kecekalan, kegigihan, ketabahan serta semangat takkan gentar dalam menghadapi cabaran masa kini.