Bekalan air pulih di empat daerah

Pengguna di empat daerah di Selangor dan Kuala Lumpur yang terjejas akibat gangguan air sejak pagi Khamis lalu sudah mula menerima bekalan air masing-masing bermula jam 12 tengah hari tadi.
Pengguna di empat daerah di Selangor dan Kuala Lumpur yang terjejas akibat gangguan air sejak pagi Khamis lalu sudah mula menerima bekalan air masing-masing bermula jam 12 tengah hari tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengguna di empat daerah di Selangor dan Kuala Lumpur yang terjejas akibat gangguan air sejak pagi Khamis lalu sudah mula menerima bekalan air masing-masing bermula jam 12 tengah hari tadi.

Difahamkan, kawasan yang sudah menerima bekalan air termasuk wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan memaklumkan, usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air sedang giat dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang masih terjejas.

"Air Selangor menjangkakan bekalan air pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi, Rabu ini.

"Air Selangor memohon kerjasama pelanggan yang telah menerima bekalan agar menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata, pengguna boleh mendapatkan bekalan air melalui pili-pili awam dan pusat khidmat setempat (PKS) yang beroperasi 24 jam sehari.

Katanya, Air Selangor akan mengemaskini maklumat pemulihan bekalan air tidak berjadual dari masa ke masa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook Instagram dan laman web www.airselangor.com.

Terdahulu, sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi Khamis lalu susulan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Artikel Berkaitan:

Gangguan bekalan air itu berlaku selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti bertugas akibat pencemaran itu.

Tujuh daerah berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.