Ketua Polis NS sudah keluar hospital

Laporan Sinar Harian berkaitan kes kemalangan membabitkan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.
Laporan Sinar Harian berkaitan kes kemalangan membabitkan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.
A
A
A

SEREMBAN - Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat di Hospital KPJ Seremban akibat kemalangan, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, Mohamad diberi cuti sakit sehingga hujung bulan ini.

"Datuk dibenarkan keluar dari hospital tengah hari semalam dan diberi cuti sakit hingga hujung bulan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Polis Negeri Sembilan patah bahu kiri

Mohamad patah bahu kiri selepas terbabit dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Bentong, Pahang, kira-kira jam 2.30 petang pada Isnin lalu.

Artikel Berkaitan: