X

Kindly register in order to view this article
!

JKM cari waris Sofiyya

JKM Daerah Petaling menggesa waris Sofiyya untuk tampil segera bagi membantu urusan penempatan bayi berkenaan.
A
A

PETALING JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling sedang mengesan waris kepada seorang bayi yang ditemui di Baby Hatch Orphane Care pada 15 Ogos lalu.

Menerusi satu kenyataan, JKM Petaling berkata, bayi yang dianggarkan berusia 13 hari tersebut dikenali sebagai Sofiyya telah ditinggalkan di lokasi berkenaan dalam keadaan diselimuti dengan kain putih.

JKM berkata, terdapat juga tulisan dengan nama 'Riza' pada kain putih berkenaan sewaktu bayi itu ditemui.

"Bayi ini telah ditempatkan dalam jagaan JKM melalui perintah mahkamah bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 21 Ogos lalu," katanya.

Katanya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai waris bayi berkenaan boleh berhubung dengan Unit Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling di talian 03-78422584 /03-78422587 dengan kadar segera.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!