Rakyat mula sedar dengan harapan palsu PH: Zahida

Zahida Zarik Khan
Zahida Zarik Khan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kekalahan PH Cameron Highlands setelah menang empat PRK sebelum ini digambarkan sebagai penolakan rakyat yang sedar kepada penipuan dan harapan palsu kerajaan, kata Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan.

Beliau berkata, kemenangan BN juga merupakan isyarat jelas bahawa kerajaan PH gagal mendapat kepercayaan rakyat terutamanya di Cameron Highlands.

“Walaupun PH kerajaan, penuh dengan janji dan ugutan, tapi mereka masih gagal mendapat kepercayaan rakyat di Cameron Highlands.

“Ini isyarat jelas penolakan kepada parti yang penuh dengan penipuan dan harapan palsu. Suara rakyat Cameron Highlands terus diangkat, suara masyarakat Orang Asli terus diiktiraf,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:BN menang, Ramli cipta sejarah Orang Asli jadi MP

Dalam empat PRK yang diadakan sebelum ini di Dun Sungai Kandis, Dun Seri Setia, Dun Balakong dan Parlimen Port Dickson, PH membolot semua kemenangan menewaskan pembangkang.

Kemenangan itu susulan PH yang masih segar menang dalam PRU14 lalu, menewaskan BN yang sebelum itu memerintah lebih 60 tahun.

Bagaimanapun, dalam PRK Cameron Highlands, PH yang meletakkan calon dari DAP, M Manogaran tewas buat kali ketiga berturut-turut.

Artikel Berkaitan:

Ramli Mohd Nor (BN) yang merupakan Orang Asli dari suku kaum Semai memang dengan undian 12,038 undi daripada 89 saluran.

Kejayaan itu menyaksikan beliau menumpaskan tiga calon lain iaitu Manogaran 8,800 undi, Sallehudin Ab Talib (Bebas) 314 undi dan Wong Seng Yee (Bebas) 276 undi.