Sila log masuk terlebih dahulu.

BN, UMNO sedang hadapi penolakan rakyat - Zahid

21 Ogos 2023 | TikTok
A
A
A
BULETIN TIKTOK 21 OGOS 2023

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui, Barisan Nasional (BN) kini sedang menghadapi penolakan besar rakyat, sekali gus memerlukan gabungan parti itu bergerak lebih agresif membina semula keyakinan mereka.

Pengerusi BN juga Presiden UMNO itu berkata, bukan suatu mustahil untuk BN kembali diyakini rakyat, memandangkan situasi sebegitu dianggap lumrah biasa dalam politik.