Lelaki dihempap dinding konkrit

Lelaki dihempap dinding konkrit di tapak rumah lama. - Foto Tribun News
Lelaki dihempap dinding konkrit di tapak rumah lama. - Foto Tribun News
A
A
A

JAKARTA - Seorang lelaki yang berlagak hebat ditimpa malang apabila dihempap dinding konkrit di tapak bangunan lama.

Lelaki itu sedang merobohkan dinding rumah lama di hadapannya dan berlagak merobohkan dinding dengan hanya menolak sahaja, lapor Tribun News.

Bagaimanapun, sebaik dinding hadapan itu tumbang, dinding di belakang turut roboh lalu menghempapnya dan lelaki itu juga jatuh dari runtuhan bangunan setinggi kurang dari satu meter.

Nasib lelaki itu baik kerana dia memakai helmet pelindung dan hanya mengalami cedera ringan.

Rakaman video berdurasi 18 saat memaparkan lagak lelaki itu dimuat naik di Instagram @smart.gram itu

Lelaki berkenaan juga memberi reaksi terkejut kerana berjaya terselamat dan tidak mengesyaki bahawa tindakannya itu hampir membuatnya cedera atau bahkan kehilangan nyawa.

Netizen yang melihat video itu juga saling mengingatkan agar fokus dan tidak bermain dalam menjalankan tugas, terutama jika pekerjaan tersebut cenderung berisiko tinggi.

Artikel Berkaitan: