X

Kindly register in order to view this article
!

Gojo cekap, cepat, selamat dan lebih murah

Pradeep (berdiri, tiga dari kiri) dan Shahrul Bahrin (berdiri, empat dari kiri) memegang Jalur Gemilang pada 'Merdeka Spirits Unites Malaysians despite Social Distancing Campaign' di Kelab Diraja Selangor Dataran Merdeka pada Khamis lalu. - Foto Bernama
A
A

BARU dilancarkan tiga minggu lalu, penyedia perkhidmatan pengangkutan berasaskan e-hailing terbaru, Gojo kini mempunyai 3,000 orang pemandu baharu yang mendaftar dengan syarikat itu.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Kumpulan Gojo, Pradeep Kumar berkata, pihaknya mengunjurkan seramai 50,000 pemandu berdaftar di bawah syarikat tersebut menjelang akhir tahun hadapan.

Menurutnya, pemandu baharu yang mendaftar dengan Gojo sebelum 31 Disember 2020 berpeluang memperoleh kredit e-dompet bernilai RM250 selain tiada potongan komisen selama dua bulan.

“Setakat ini, kami telah membelanjakan kira-kira RM500,000 nilai kredit e-dompet kepada lebih 2,700 pemandu berdaftar di sekitar Lembah Klang.

“Berpegang teguh pada komitmen kami terhadap pemandu, Gojo turut menyediakan dana pengasas yang bertujuan melindungi kebajikan pemandu yang terkesan dengan penularan pandemik koronavirus (Covid-19),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program 'Merdeka Spirits Unites Malaysians despite Social Distancing Campaign' di Kelab Diraja Selangor Dataran Merdeka pada Khamis lalu.

Hadir sama, Pengerusi NS Capital Ventures, Datuk Seri Paduka N Surendran dan Pengarah Operasi Gojo Asia, Shaharul Bahrin Nahruddin.

Pada majlis itu, pelitup muka dan bendera Jalur Gemilang turut diagihkan kepada kira-kira 20 orang pemandu Gojo serta tetamu dan media yang hadir sempena meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-63.

Sementara itu, Shaharul Bahrin berkata, Gojo ditubuhkan bukan sekadar bermotifkan keuntungan semata-mata tetapi pihaknya ingin membantu pemandu serta penumpang yang mahukan perkhidmatan pengangkutan cekap, cepat, selamat dan lebih murah.

Katanya, komitmen Gojo terhadap penumpang merangkumi Privasi Data, Bantuan Kecemasan, Pemeriksaan Latar Belakang Pemandu dan mematuhi SOP Keselamatan Covid-19, namun mereka yang layak perlu memenuhi syarat-syarat tertentu seperti antaranya memiliki insurans, lesen PSV dan kereta harus dalam keadaan baik.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!