BISA 2026 kembali iktiraf usahawan PKS

Penganjuran kali kedua kesinambungan usaha membina komuniti perniagaan yang saling menyokong

BISA 2026 dianjurkan sebagai platform mengiktiraf kejayaan usahawan tempatan, khususnya pemain industri PKS.
BISA 2026 dianjurkan sebagai platform mengiktiraf kejayaan usahawan tempatan, khususnya pemain industri PKS.
A
A
A

SHAH ALAM – Sinar Harian sekali lagi menganjurkan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) 2026 sebagai platform mengiktiraf kejayaan usahawan tempatan, khususnya pemain industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin berkata, penganjuran kali kedua anugerah berprestij itu merupakan kesinambungan usaha membina komuniti perniagaan yang saling menyokong.

Menurut beliau, sepanjang lebih 48 tahun perjalanan bisnes Karangkraf, pelbagai cabaran dan perubahan telah dilalui sehingga berjaya berkembang menjadi antara organisasi media utama negara.

"Kami melalui jatuh bangun yang bukan sedikit tetapi kami telah berkembang dan bertransformasi seiring dengan peredaran masa, perkembangan teknologi dan tuntutan rakyat di negara ini.

"Bermula dari sebuah lot kedai di SS2, Petaling Jaya dengan menerbitkan buku kajian sejarah Melayu dan rujukan STPM, kini Karangkraf berkembang sebagai gergasi media di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

No Image Caption

Farah berkata, pengalaman panjang itu juga menjadikan pihaknya memahami realiti susah senang yang dilalui usahawan, khususnya mereka yang bertatih dari bawah.

Jelas beliau, BISA tidak sekadar berperanan sebagai pentas penyampaian anugerah, sebaliknya direka untuk membentuk jaringan komuniti perniagaan yang kukuh.

Artikel Berkaitan:

“Usahawan yang dipilih bukan sahaja diiktiraf, malah kisah kejayaan dan cabaran mereka akan diketengahkan menerusi pelbagai platform media di bawah Karangkraf

"Mereka ini akan menjadi inspirasi kepada peniaga baharu serta generasi muda yang kini semakin ramai yang ingin menceburi bidang perniagaan,” katanya.

Tambah Farah, BISA dilihat sebagai langkah awal yang mampu membuka lebih banyak peluang kepada usahawan untuk berkembang dan mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan.

 

Ringkasan AI

  • Sinar Harian menganjurkan BISA 2026 untuk mengiktiraf usahawan tempatan
  • Penganjuran kedua BISA adalah kesinambungan usaha membina komuniti perniagaan yang saling menyokong
  • Karangkraf telah berkembang menjadi organisasi media utama di Malaysia sejak dibuka di SS2, Petaling Jaya
  • BISA bertujuan membentuk jaringan komuniti perniagaan yang kukuh dan mengiktiraf kejayaan usahawan
  • Anugerah ini membuka peluang untuk usahawan berkembang dan inspirasi kepada generasi muda dan peniaga baru

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!