Mangsa ribut terima bantuan RM3,000

Wakil PZDKS menyerahkan cek kepada Fazwad (kanan).
Wakil PZDKS menyerahkan cek kepada Fazwad (kanan).
A
A
A
ALOR SETAR - Sebuah keluarga dari Kampung Teluk Yan, di sini, yang terkesan akibat ribut pada 30 Disember lalu menerima bantuan RM3,000.

Penolong Pengurus Eksekutif (Operasi Agihan & Pembangunan Asnaf) Pejabat Zakat Daerah Kota Setar (PZDKS), Muhammad Faidulatraf Abdullah berkata, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui PZDKS menyerahkan cek bantuan bencana alam kepada mangsa.

"Dalam kejadian ribut itu, keseluruhan bumbung rumah mangsa diterbangkan angin dan semua barangan di dalam rumahnya mengalami kerosakan teruk.

"Jadi, pihak kami berharap agar bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung Muhammad Fazwad Mohd Rashid, sekeluarga," katanya.

Sementara itu, Muhammad Fazwad, 28 berkata, mereka sekeluarga amat terharu dan bersyukur dengan bantuan yang diberikan kepada kepadanya itu.

Katanya, dia berterima kasih kepada LZNK khususnya serta pembayar zakat amnya kerana ambil berat isu masyarakat setempat terutama golongan asnaf memerlukan sepertinya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan dua keluarga berdepan detik mencemaskan apabila bumbung rumah mereka diterbangkan ribut.

Lebih mencemaskan, Ummi Anis Sazwani Shari, 26, yang merupakan isteri kepada Muhammad Fazwad terkena renjatan elektrik sehingga dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan.

Bagaimanapun, Anis dibenarkan pulang ke rumah mereka selepas menerima rawatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Artikel Berkaitan:

Orang awam yang mempunyai sebarang aduan, pertanyaan mahupun cadangan boleh menghubungi Talian Bebas Tol LZNK di talian 1-800-88-1740.

Terdahulu, turut hadir, Pembantu Eksekutif PZDKS, Mohd Shukri Harun.