Jururawat infak banglo, jadikan tempat kanak-kanak OKU mengaji

Majlis Perasmian Rumah Ngaji@Sheikh Rasah Kemayan disempurnakan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, Dr Mohamad Rafie Abd Malek semalam.
Majlis Perasmian Rumah Ngaji@Sheikh Rasah Kemayan disempurnakan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, Dr Mohamad Rafie Abd Malek semalam.
A
A
A

SEREMBAN - “Kalau kita meninggal semua harta dan kekayaan yang ada di dunia tidak akan dibawa bersama ke dalam kubur. Lebih baik saya infak sebahagiannya kepada jalan ALLAH SWT.”

Demikian kata pemilik banglo, Asmat Bibi Sheikh Abdullah,69, yang mewakafkan banglonya untuk membina sebuah Rumah Ngaji@Sheikh Rasah Kemayan di sini, semalam.

No Image Caption

Asmat Bibi yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital di London berkata, beliau telah memberitahu suami dan tiga orang anaknya hasrat untuk mewakafkan rumah itu memandangkan mereka sekeluarga menetap di negara itu sejak 51 tahun lalu.

“Daripada rumah ini terbiar dan kosong tidak ada siapa tinggal, lebih baik saya wakafkan untuk tujuan kebaikan. Sekurang-kurangnya anak-anak yang mengaji di sini dapat mendoakan saya.

“Dengan cara ini saya mempunyai ‘bekalan’ untuk dibawa ke akhirat nanti. Apa yang ada di dunia ini hanyalah sementara. Satu masa nanti kita akan kembali kepada Maha Pencipta dan semuanya akan ditinggalkan,” katanya yang kembali ke Malaysia semata-mata untuk melihat perkembangan Rumah Ngaji@Sheikh Rasah Kemayan.

Majlis Perasmian Rumah Ngaji@Sheikh Rasah Kemayan disempurnakan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, Dr Mohamad Rafie Abd Malek.

Hadir sama Pengarah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff dan Pengarah Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Fazrul Fahmee Ismail.

Artikel Berkaitan:

Mohammad Rafie melihat sebahagian kanak-kanak belajar di Rumah Ngaji@Sheikh RK.
Mohammad Rafie melihat sebahagian kanak-kanak belajar di Rumah Ngaji@Sheikh RK.

Rumah Ngaji@Sheikh merupakan yang ke-24 dibuka di Negeri Sembilan, tetapi rumah ngaji pertama dibuka untuk orang kelainan upaya (OKU).

Rumah ngaji berkenaan kini memiliki 20 murid dengan tiga ustazah berpengalaman daripada lepasan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).

Antara pesertanya adalah mereka yang menghidap penyakit Autisme, Sindrom Down, Disleksia dan masalah pembelajaran.

Banglo terletak berkenaan terletak Rasah, Kemayan.

Sementara itu, Mohammad Rafie berkata, kerajaan negeri amat menggalakkan usaha masyarakat untuk membantu golongan OKU terutamanya kanak-kanak.

Katanya, ia adalah salah satu usaha yang terbaik dan perlu dijadikan contoh kepada masyarakat bagi membantu golongan istimewa seperti ini.

“Insya-ALLAH, saya akan berusaha untuk membantu mereka.

“Saya akan melihat keperluan yang boleh dibantu secara bersama, sama ada kerjasama menerusi kerajaan negeri mahu pun Majlis Agama Islam Negeri Sembilan,” katanya.