Power Rangers kibar Jalur Gemilang

Tiga pemuda dari Geng Cosplay Kelate (GCK) mencipta kelainan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 hari ini dengan memakai sut Power Rangers sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Tiga pemuda dari Geng Cosplay Kelate (GCK) mencipta kelainan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 hari ini dengan memakai sut Power Rangers sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
A
A
A

PASIR MAS - Tiga pemuda dari Geng Cosplay Kelate (GCK) mencipta kelainan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 hari ini dengan memakai sut Power Rangers sambil mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik penghargaan kepada pejuang tanah air dan lambang keberanian.

Wakil GCK, Zul Azreen Zulkepli berkata, kibaran Jalur Gemilang itu salah satu bentuk penzahiran terima kasih kepada para pejuang yang berkorban nyawa untuk memerdekakan negara dari dijajah.

"Walaupun sumbangan saya dan rakan-rakan ini nampak kecil sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, namun sebagai anak merdeka kami berbangga dapat menjadi penyambung untuk mempertahankan nikmat ini untuk generasi masa hadapan," katanya.

Menurutnya, lebih membanggakan ahli GCK memakai sut Power Rangers yang mengibarkan Jalur Gemilang itu terdiri daripada kaum Melayu dan Cina.

"Kami berharap hubungan akrab ini akan terus kekal terjalin sekali gus memperkukuhkan peraduan antara kaum. Malaysia dibina atas jalinan semangat perpaduan antara pelbagai kaum.

"Sebagai generasi muda, kami perlu terus menyuburkannya supaya ia sentiasa segar," katanya.

Kataya, pemakaian kostum adiwira itu turut melambangkan semangat keberanian yang perlu ada dalam diri seluruh anak Malaysia.

"Semangat itu perlu ada untuk berdepan sebarang cabaran pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

"Tahun ini kita diuji dengan penularan koronavirus (Covid-19), jadi semangat berani amat diperlukan dalam melawan wabak itu dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan mematuhi prosedur operasi standart (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.