UPNM laksana Program Kembara Merdeka Laluan Mat Kilau

UPNM laksanakan Program Kembara Merdeka Laluan Mat Kilau sempena menyemarakkan sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia 2023.
UPNM laksanakan Program Kembara Merdeka Laluan Mat Kilau sempena menyemarakkan sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia 2023.
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melaksanakan Program Kembara Merdeka Laluan Mat Kilau sempena menyemarakkan sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia 2023.

UPNM menerusi kertas cadangan program tersebut berkata, laluan aktiviti kembara itu bermula dari Lata Lembik, Raub, Pahang ke Pos Bersih, Ulu Slim, Perak.

Menurut kertas cadangan tersebut, program anjuran Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan itu berlangsung pada Jumaat (8 September) jam 7 pagi dan berakhir jam 11 malam Sabtu (9 September).

“Program ini dibuat bertujuan bagi memberi kesedaran dan motivasi kepada staf akademik dan bukan akademik tentang kepentingan silaturahim, persaudaraan, kesukarelaan, kebertanggungjawaban dan kebajikan kepada masyarakat umum serta memupuk budaya kepentingan menuntut ilmu dalam kalangan masyarakat setempat dan warga Malaysia dan luar negara.

“Program ini menyasarkan kepada staf akademik dan bukan akademik Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, UPNM seramai 14 orang peserta iaitu lapan staf akademik dan tujuh staf bukan akademik,” kata kertas cadangan itu.

Tambah kertas cadangan itu, melalui program kembara tersebut, setiap peserta dapat menghayati pahit getir pejuang-pejuang kemerdekaan semasa memperjuangkan kemerdekaan negara ini.

“Objektifnya untuk menanam rasa tanggungjawab menghargai makna kemerdekaan dalam kalangan staf akademik dan staf bukan akademik UPNM.

“Membentuk sahsiah, keperibadian dan nilai positif yang unggul dalam diri daripada sudut kerohanian, jasmani, mental, kepimpinan, kemasyarakatan, kesukarelaan, kebudayaan dan kesenian yang perlu dipelihara,” menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: