Malaysia #QuranHour beri kefahaman erti sebenar merdeka

Program bertemakan ‘Malaysia Harmoni: Bina 12 personaliti ibadurrahman’ itu berlangsung serentak di seluruh negara dan luar negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63.
Program bertemakan ‘Malaysia Harmoni: Bina 12 personaliti ibadurrahman’ itu berlangsung serentak di seluruh negara dan luar negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kempen Malaysia #QuranHour mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan rakyat di negara ini sejak dianjurkan enam tahun lalu.

Johan Qari Kebangsaan dan Antarabangsa 2014, Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali berkata, Malaysia #QuranHour yang diraikan hari ini bersempena Hari Kebangsaan merupakan antara program yang memberi kefahaman kepada rakyat mengenai erti sebenar kemerdekaan.

“Merdeka ini bukan sekadar berpindah tempat kepada tempat tetapi jauh lebih daripada itu iaitu bagaimana kita mahu mentransformasikan diri dengan berpindah daripada keadaan yang buruk kepada keadaan lebih baik.

“Berpindah daripada sikap buruk kepada lebih baik dan daripada kehendak nafsu kepada kehendak Tuhan sepertimana 12 personaliti ibadurrahman.

“Apa yang penting kita mempromosikan al-Quran dan agama ALLAH. Kalau orang tidak kenal kita tidak apa, tapi biar orang kenal agama ALLAH,” ujarnya ketika ditemui pada program Malaysia #QuranHour di Studio TV Alhijrah, di sini hari ini.

Program bertemakan ‘Malaysia Harmoni: Bina 12 personaliti ibadurrahman’ itu berlangsung serentak di seluruh negara dan luar negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63.

Sementara itu, Qari My #Qurantime, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman berkata, Malaysia #Quran Hour menjadi satu gerakan membawa masyarakat kembali kepada al-Quran.

Menurutnya, bukan sahaja mengajak masyarakat membaca al-Quran tetapi memahami kitab suci itu.

Artikel Berkaitan:

“Lebih manis lagi apabila setiap kali kita sambut Hari Kemerdekaan, kita akan diselangi atau dahului dengan al-Quran.

“Itulah satu penekanan yang dibuat untuk jadikan masyarakat merdeka dan bebas berlandaskan al-Quran dan dengan kekuatan al-Quran untuk menempuh kehidupan lebih baik,” katanya.