Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh jayakan Malaysia #QuranHour

Malaysia #QuranHour mengalunkan surah Ar Rahman di Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh hari ini.
Malaysia #QuranHour mengalunkan surah Ar Rahman di Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh hari ini.
A
A
A

LUMUT - Seramai 35 peserta menjayakan program Malaysia #QuranHour yang dianjurkan Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh di sini hari ini.

Program bertemakan Malaysia Harmoni: Pembinaan 12 Personaliti ‘Ibadurrahman’ itu mengalunkan surah Ar-Rahman yang dipimpin Penyelia Kemas Parlimen Lumut, Rafidah Mohamed dan tadabbur oleh Hairul Abd Karim.

Majlis diserikan dengan kehadiran isteri Orang Besar Jajahan Manjung, Datin Nor Shuhada Osman.

Penasihat Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, Datuk Nazli Alias berkata, majlis itu diperdengarkan dengan alunan kalam ALLAH yang indah oleh panji-panji Ar Rahman.

Peserta menjayakan Malaysia #QuranHour di Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh hari ini.
Peserta menjayakan Malaysia #QuranHour di Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh hari ini.

Sementara itu, Penggerak Rumah Ngaji Teluk Muroh, Datin Maziah Rafie berkata, program berinteraksi dengan al-Quran menerusi baca, faham dan amal itu mengetengahkan surah Ar-Rahman, Al-Furqan dan hadis empat tindakan Rasulullah SWT ketika masuk ke Madinah.

"Rumah Ngaji terus komited untuk mengajak masyarakat dari setiap lapisan tanpa mengira usia, kanak-kanak mahupun warga emas mengenal, belajar, fahami Al-Quran dan mengamalkannya.

"Kita telah terlibat dalam program seperti menganjur Manjung #QuranHour sempena Festival Islam Antarabangsa Perak, menyertai World Convention Al-Kahf dan World#QuranHour, tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: