Empat pemandu mabuk ditahan

Salah seorang pemandu sedang menjalani ujian kandungan alkohol dalam Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah di Petaling Jaya malam tadi.
Salah seorang pemandu sedang menjalani ujian kandungan alkohol dalam Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah di Petaling Jaya malam tadi.
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai empat lelaki ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk dalam Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah di Petaling Jaya malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek berusia 23 hingga 60 tahun itu ditahan dalam operasi bermula 11 malam hingga 3 pagi.

"Seramai 263 pengguna jalan raya dan 238 kenderaan diperiksa dalam operasi itu.

"Empat individu itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi kadar ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 16 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

"Dua daripada saman itu adalah kesalahan memandu kenderaan atau menunggang motosikal tanpa lesen yang sah.

"Kesemua individu yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 45 (A) 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: