Rumah pekerja punca pencemaran air, bau dikompaun

Rumah pekerja yang didirikan pemilik sebuah kilang menimbulkan beberapa isu termasuk bau dan pencemaran air parit.
Rumah pekerja yang didirikan pemilik sebuah kilang menimbulkan beberapa isu termasuk bau dan pencemaran air parit.
A
A
A

KUALA LANGAT - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengambil tindakan kompaun ke atas pemilik sebuah kilang yang didapati membina rumah pekerja tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Yang Dipertuanya, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, menerusi pemeriksaan dijalankan di kilang berkenaan sekitar Bandar Mahkota semalam, pihaknya mendapati rumah pekerja itu menjadi punca kepada masalah bau dan pencemaran air parit yang mengalir ke sungai berhampiran.

"MPKL mengeluarkan dua notis kesalahan di bawah Seksyen 70 (13) (c) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974; Undang-Undang Kecil 3; Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian MDKL 2007.

"Tindakan diambil memandangkan rumah pekerja ini tidak mempunyai kelulusan dan telah menyebabkan beberapa isu seperti bau dan pencemaran air parit," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, operasi bersepadu itu disertai polis, kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Imigresen, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Dalam pada itu, Amirul turut mengingatkan orang ramai tidak membina struktur bangunan tanpa kebenaran daripada MPKL bagi menggelakkan dikenakan tindakan tegas.

"MPKL akan mengambil tindakan perundangan kepada mana-mana pihak yang membina struktur bangunan tanpa kebenaran," katanya.

Artikel Berkaitan: