Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung

Anggota bomba membantu menaikkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Foto Bomba
Anggota bomba membantu menaikkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Foto Bomba
A
A
A

PEKAN - Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung di tepi Sungai Mat Dulang, Kampung Tok Tuan di sini semalam.

Mayat berkenaan dinaikkan anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.03 tengah hari untuk bantuan mengambil mayat.

Menurutnya, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan ke lokasi yang jaraknya kira-kira lima kilometer untuk operasi berkenaan yang turut dibantu pihak polis dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Mayat mangsa berjaya dibawa naik menggunakan tali dan pengusung sebelum diserahkan kepada polis.

"Operasi ditamatkan jam 12.47 tengah hari," katanya.

Artikel Berkaitan: