Arak seludup RM1.9 juta dirampas

Polis merampas pelbagai jenis arak tidak bercukai bernilai RM1.95 juta dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Kadut Segamat, Johor, semalam.
Polis merampas pelbagai jenis arak tidak bercukai bernilai RM1.95 juta dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Kadut Segamat, Johor, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan sindiket pengedaran arak tidak bercukai dengan rampasan lebih RM1.95 juta, dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Kadut Segamat, Johor, semalam.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, operasi kira-kira jam 7.40 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Risik Briged Tengah PGA Cheras dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Katanya, serbuan di bangunan tidak bernombor ini berjaya memberkas seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun.

Polis merampas pelbagai jenis arak tidak bercukai bernilai RM1.95 juta dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Kadut Segamat, Johor, semalam.
Polis merampas pelbagai jenis arak tidak bercukai bernilai RM1.95 juta dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Kadut Segamat, Johor, semalam.

"Kita kemudian telah merampas sejumlah 1,871 kotak minuman keras yang dipercayai diseludup masuk dan tidak mempunyai cukai kastam.

"Terdapat dua jenis minuman keras yang dirampas iaitu 42,672 tin minuman keras pelbagai jenama dan 2,916 botol minuman keras pelbagai jenama yang kesemuanya bernilai RM1.95 juta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya serbuan ini telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran arak tanpa cukai di sekitar daerah Segamat, Johor, Muadzam dan Kuantan, Pahang.

Katanya, polis menyeru masyarakat agar dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.